Program Anak Yatim Celik IT – Minggu Pertama
12 Januari 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 10 & 11 Januari 2015, Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan 'Program AnakYatim Celik IT' bersama anak-anak yatim Telok Kemang. Anak-anak ini telah dijemput untuk datang ke PI Linggi sebagai salah satu tanggungjawab sosial antara PI dan masyarakat, mempekenalkan PI serta memberi pendedahan ICT kepada mereka.
Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tghari. Selama 2 jam ini, anak-anak tersebut telah diajar tentang Asas-asas komputer, Cara melayari dan mencari maklumat di internet, serta Cara untuk belajar atas talian (e-learning). Mereka yang rata-ratany aadalah pelajar sekolah rendah ini dilihat sangat teruja apabila diberi peluang untuk mencuba melayari web portal yang bersifat pendidikan interaktif.
Program yang berlansung selama 2 hari ini melibatkan 20 orang anak yatim yang dibahagi kepada 2 kumpulan (1 kumpulan 1 hari) serta turut diiringi oleh beberapa orang pengurus anak-anak yatim tersebut. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari.
Program ini akan berlansung selama 3 minggu berturut-turut dimana kedua-dua kumpulan ini akan mempelajari 3 modul iaitu 1 modul berbeza setiap minggu. Minggu akan datang, peserta akan diajar tentang Modul 2 : Microsoft Word seterusnya ialah Modul 3: Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: